Skip to main content

Dunia

Emir Qatar dikutuk kerana tidak hadir sidang puncak Enam Negara Teluk

Keputusan Emir Qatar untuk tidak hadir di satu Sidang puncak yang dianjurkan Arab Saudi pada Ahad (9 Dis) mengeruhkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Dec 2018 09:43PM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 09:51PM

RIYADH: Keputusan Emir Qatar untuk tidak hadir di satu Sidang puncak yang dianjurkan Arab Saudi pada Ahad (9 Dis) mengeruhkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara.

Riyadh menjemput Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani untuk menyertai rundingan Majlis Kerjasama Enam Negara Teluk yang diadakan di negara itu.

Sebaliknya Emir Qatar mewakilkan Menteri Negara Ehwal Luarnya ke persidangan itu.

Bahrain turut mengkritik langkah Qatar itu sambil menegaskan, Qatar seharusnya hadir dan menghormati Sidang yang diadakan itu.

Sebagai responnya, Menteri Luar Qatar menegaskan, Doha mempunyai hak untuk membuat keputusannya sendiri.

Ketegangan itu dilihat sebagai kesan langkah yang pernah dikenakan ke atas Qatar oleh Arab Saudi, Bahrain dan Amiriah Arab Bersatu yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada tahun lalu.

Doha dituduh menyokong pengganasan dan menjalin hubungan rapat dengan Iran.

Qatar baru-baru ini membuat keputusan menarik diri daripada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC).

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita