Skip to main content

Dunia

Elon Musk tarik balik sekatan gantung akaun Twitter beberapa wartawan

Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk tarik balik sekatan gantung akaun Twitter beberapa wartawan

(Gambar: Olivier Douliery/AFP)

ANKARA: Elon Musk menarik balik keputusan menyekat akaun Twitter milik beberapa wartawan terkemuka atas dakwaan mendedahkan lokasi masa nyata hartawan itu selepas mengadakan tinjauan di media sosial berkenaan.

Demikian menurut laporan Agensi Anadolu.

"Orang ramai telah bersuara. Akaun yang menjejaki keberadaan saya akan dikembalikan sekarang," menurut hantaran Encik Musk di Twitter.

Antara akaun yang disekat tanpa sebarang notis atau penjelasan ialah Matt Binder dari Mashable, Donie O'Sullivan dari CNN, Ryan Mac dari The New York Times, Drew Harwell dari The Washington Post, Micah Lee dari The Intercept, Steve Herman dari Voice of America dan wartawan bebas Aaron Rupar, Keith Olbermann dan Tony Webster.
Keputusan itu dibuat sehari selepas platform tersebut menyekat akaun popular, @ElonJet, yang dikhususkan menjejaki pesawat peribadi Encik Musk.

Encik Musk memberi respon mengenai sekatan itu pada Khamis (15 Dis) menerusi hatarannya yang berbunyi: "Tiada masalah untuk mengkritik saya sepanjang hari, tetapi ia menjadi masalah jika menyiarkan maklumat lokasi secara masa nyata saya dan membahayakan keluarga saya."
Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita