Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Elon Musk tanya warga Twitter sama ada akaun Donald Trump patut dikembalikan

Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk tanya warga Twitter sama ada akaun Donald Trump patut dikembalikan

(Gambar: Samuel Corum/AFP)

Diterbitkan : 19 Nov 2022 02:23PM Dikemas Kini : 19 Nov 2022 02:23PM
NEW YORK: Elon Musk mulakan tinjauan pendapat di Twitter pada Jumaat (18 Nov) untuk dapatkan pandangan warga Twitter sama ada beliau patut mengembalikan semula akaun bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Keputusan awal menunjukkan kira-kira 60 peratus orang mengundi 'ya'.

"Vox Populi, Vox Dei," catat Musk di Twitter, iaitu frasa Latin yang secara kasar bermaksud "suara rakyat adalah suara Tuhan". Undian dibuka selama 24 jam.

Encik Musk, pemilik baru Twitter, berkata pada bulan Mei beliau akan membatalkan larangan Twitter terhadap Trump, yang akaunnya digantung selepas serangan tahun lalu ke atas Capitol AS.

EncikMusk berkata pada awal hari itu bahawa keputusan untuk mengembalikan akaun Trump masih belum dibuat, dan Twitter juga sudah mengenbalikan beberapa akaun berkontroversi yang dilarang dan digantung, termasuk laman sindiran Babylon Bee dan pelawak Kathy Griffin.

Keputusan Encik Musk untuk meminta panduan pengguna Twitter tentang siapa yang sepatutnya berada di platform itu adalah sebahagian besar daripada penstrukturan semula syarikat, termasuk pemberhentian pekerja secara besar-besaran.
Sumber : Reuters/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa