Skip to main content

Dunia

Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'

Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'

Elon Musk (Gambar: AFP/ALAIN JOCARD)

Diterbitkan : 11 Mar 2025 01:27PM Dikemas Kini : 11 Mar 2025 01:28PM
WASHINGTON: Platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter mengalami gangguan di seluruh dunia pada Isnin (10 Mac), akibat serangan siber dengan pemiliknya, jutawan teknologi Elon Musk mendakwa ia sebagai serangan berskala besar.

Demikian menurut laporan Anadolu Ajansi (AA). 

“Terdapat (dan masih berlaku) serangan siber besar-besaran terhadap X.

“Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar. Sama ada kumpulan terancang berskala besar atau ada negara terlibat. Masih dalam proses
pengesanan...” menurut Encik Musk dalam satu catatan di platform itu.  

Gangguan mula dilaporkan sekitar pukul 5.30 pagi waktu Timur (0930 GMT), dengan X berjaya memulihkan perkhidmatannya untuk kebanyakan pengguna dalam masa sejam.
Namun, gangguan kembali meningkat kira-kira tiga jam kemudian, menurut laman pengesan gangguan DownDetector. 

X terus dilanda pelbagai masalah dan punca serangan siber masih belum diketahui.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita