Elon Musk perkenal teksi robot autonomi; pengeluaran dijadual sebelum 2027
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk memperkenalkan "Cybercab", sebuah teksi robot berautonomi sepenuhnya yang direka tanpa stereng atau pedal minyak, dengan pengeluaran dijadualkan bermula sebelum 2027.
Beliau membuat pengumuman itu di acara "We, Robot" Tesla di studio Warner Bros berhampiran Los Angeles dan disiarkan secara langsung di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya.
Musk berkata Cybercab yang akan dijual pada harga kurang daripada AS$30,000 (S$39,150), akan membolehkan "transit massa individu" dan kelebihannya antara lain mungkin menyumbang kepada pengurangan kos transit.
"Apabila kita memikirkan tentang pengangkutan hari ini, terdapat banyak kesulitan yang kita ambil mudah dan kita fikir ia adalah perkara biasa, contohnya seperti memandu dalam kesesakan lalu lintas selama tiga jam di Los Angeles.
“Tesla sudah cukup baik dalam pemanduan sendiri yang dipantau, jadi kami akan beralih daripada pemanduan kendiri yang dipantau kepada pemanduan kendiri yang tidak dipantau, yang mana anda boleh tidur dan bangun apabila sampai di destinasi anda,” katanya.
Musk menambah Tesla mempunyai sekurang-kurangnya 20 Cybercab pada acara itu, bersama-sama dengan 50 kenderaan autonomi sepenuhnya dan beberapa unit daripadanya sudah memandu tanpa sebarang penumpang.
Beliau juga berkata secara purata kereta penumpang hanya digunakan kira-kira 10 jam seminggu dan kebanyakan masa, kereta itu terbiar begitu sahaja.
“Tetapi jika kereta berautonomi (bergerak berterusan tanpa rehat, tidak seperti pemandu manusia), ia boleh digunakan lima kali ganda lebih banyak, malah mungkin sepuluh kali ganda, jadi kereta yang sama boleh mempunyai nilai lima hingga sepuluh kali ganda.
“Jadi dengan autonomi, anda mendapat masa anda kembali kerana masa adalah perkara yang sangat penting,” katanya.
Musk juga mempamerkan robot humanoid Optimus Tesla yang membantu untuk menghidangkan minuman, menari dan melakukan pelbagai tugas semasa acara itu berlangsung.
“Ia hanyalah robot dengan tangan dan kaki tanpa mempunyai roda dan kami kini telah membuat banyak kemajuan.
“Ia sesuatu yang menakjubkan yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, membolehkan anda memiliki R2-D2 atau C-3PO (watak robot dalam filem Star Wars) peribadi anda sendiri dan saya fikir jika dihasilkan secara besar-besaran, ia akan menelan kos sekitar AS$20,000 (S$26,100)hingga AS$30,000,” katanya.
Acara itu juga mempertontonkan Robovan, kenderaan autonomi sepenuhnya yang mampu mengangkut sehingga 20 penumpang yang dijadualkan untuk pengeluaran komersial.
Acara itu yang disiarkan secara langsung pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia, menarik peminat kenderaan elektrik (EV) untuk berkumpul di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.