Elon Musk kini pengarah tunggal Twitter selepas pecat semua ahli lembaga pengarah
(Gambar: Samuel Corum/AFP)
HOUSTON: Elon Musk memecat kesemua ahli lembaga pengarah Twitter pada Isnin (31 Okt), seminggu selepas mengambil alih gergasi media itu, membabitkan bayaran sebanyak AS$44 bilion (S$62 bilion).
Tindakan itu sekali gus menjadikan CEO Tesla dan SpaceX itu sebagai pengarah tunggal Twitter, lapor Anadolu Agency (AA).
BACA:
"Ini hanya sementara," kata Encik Musk selepas melakukan “pembersihan” terhadap barisan kepimpinan tertinggi syarikat itu.
Antara yang dipecat ialah Ketua Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan bekas pengerusi Bret Taylor.
Encik Musk, individu terkaya di dunia turut menawarkan untuk membeli balik semua bon tertunggak Twitter, menurut dokumen yang difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS).
Pengambilalihan Twitter oleh Musk mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara berbanding bahaya online dengan Encik Musk sendiri sebelum ini mengkritik dasar penyederhanaan Twitter dan menuduh platform itu berat sebelah terhadap pandangan berhaluan kiri.
Encik Musk belum lagi memperincikan rancangannya untuk visi Twitter, namun beliau dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh .
Beliau juga dipercayai menerima idea meminta pengguna membayar untuk tanda "blue check" yang digunakan bagi mengesahkan akaun terkenal selebriti, ahli politik, pemimpin perniagaan dan wartawan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.