Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Elon Musk jangkakan kemelesetan ekonomi berlarutan hingga 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk jangkakan kemelesetan ekonomi berlarutan hingga 2024

Elon Musk. (Gambar fail: Patrick Pleul/POOL/AFP)

NEW YORK: Ketua Pengawai Eksekutif Tesla Elon Musk pada Jumaat (21 Okt) berkata beliau menjangkakan kemelesetan ekonomi akan berlarutan hingga musim bunga tahun 2024 (antara Mac dengan Mei), selepas berkata "kemelesetan" di China dan Eropah meletakkan tekanan ke atas permintaan bagi kereta elektriknya.

"Hanya satu tekaan, tetapi mungkin sehingga musim bunga 2024," menurut Encik Musk menerusi catatan Twitter selepas seorang pengguna bertanya berapa lama kemelesetan dijangkakan. Bagaimanapun tidak jelas sekiranya Encik Musk sedang berbicara mengenai kemelesetan global atau ia merupakan tambahan kepada komen dibuatnya mengenai China dan Eropah pada Rabu (19 Okt).

Saham Tesla susut 6.6 peratus dan ditutup pada nilai AS$$207.28 (S$295.84) pada Khamis (20 Okt), sehari selepas Encik Musk memberitahu para penganalisis dalam satu panggilan telefon bahawa kelemahan di China dan Eropah mengakibatkan permintaan "lebih sukar daripada biasanya."

Encik Musk berkata beliau mempunyai "firasat tidak baik" tentang ekonomi dan Tesla perlu memberhentikan sekitar 10 peratus kakitangannya, menurut emel yang dilihat oleh Reuters pada Jun. Namun, beliau berkata ia hanya tertakluk kepada kakitangan bergaji.

Saham Tesla kerugian lebih satu pertiga nilainya setakat tahun ini. Ia menjunam sebanyak sembilan peratus dan mencecah paras terendah dalam 16 bulan pada Khamis (16 Okt).
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan