Elon Musk fail saman terhadap Apple dan Open AI, dakwa gergasi teknologi sekat persaingan AI
Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk. (Gambar fail: Jim WATSON / AFP)
- Elon Musk, melalui syarikat kecerdasan buatannya xAI dan platform media sosial X, kini memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Texas terhadap Apple dan OpenAI, mendakwa mereka menjalinkan kerjasama eksklusif yang menindas pesaing dan mengekalkan monopoli dalam pasaran AI dan telefon pintar.
- Saman tersebut menyatakan bahawa Apple dan OpenAI “mengunci pasaran” dengan mengintegrasikan ChatGPT secara eksklusif ke dalam sistem operasi iPhone, iPad dan Mac, sekali gus menyekat akses pengguna kepada alternatif seperti Grok - chatbot AI yang dibangunkan oleh xAI.
- Saman tersebut menuduh kedua-dua syarikat melanggar Akta Sherman, termasuk cubaan memonopoli dan konspirasi untuk memonopoli pasaran AI dan telefon pintar, lapor Astro AWANI.
- OpenAI membalas dengan menyifatkan tindakan Elon Musk sebagai “corak gangguan berterusan” dan menolak dakwaan tersebut sebagai tidak berasas, lapor Astro AWANI.
TEXAS: Elon Musk, melalui syarikat kecerdasan buatannya xAI dan platform media sosial X, kini memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Texas terhadap Apple dan OpenAI, mendakwa mereka menjalinkan kerjasama eksklusif yang menindas pesaing dan mengekalkan monopoli dalam pasaran AI dan telefon pintar.
Saman tersebut menyatakan bahawa Apple dan OpenAI “mengunci pasaran” dengan mengintegrasikan ChatGPT secara eksklusif ke dalam sistem operasi iPhone, iPad dan Mac, sekali gus menyekat akses pengguna kepada alternatif seperti Grok - chatbot AI yang dibangunkan oleh xAI.
Apple dan OpenAI dilaporkan mengumumkan kerjasama eksklusif pada Jun 2024, menjadikan ChatGPT satu-satunya chatbot generatif yang diintegrasi secara langsung ke dalam peranti Apple, menurut laporan Astro AWANI. Encik Musk mendakwa langkah ini menyekat aplikasi pesaing seperti Grok daripada mendapat kedudukan utama di App Store, walaupun mempunyai ciri inovatif dan responsif.
Saman tersebut menuduh kedua-dua syarikat melanggar Akta Sherman, termasuk cubaan memonopoli dan konspirasi untuk memonopoli pasaran AI dan telefon pintar, lapor Astro AWANI.
Apple dikatakan menguasai 65 peratus pasaran telefon pintar, manakala OpenAI mengawal lebih 80 peratus pasaran chatbot AI generatif.
OpenAI membalas dengan menyifatkan tindakan Encik Musk sebagai “corak gangguan berterusan” dan menolak dakwaan tersebut sebagai tidak berasas, lapor Astro AWANI.
Apple belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung saman itu.
Elon Musk merupakan pengasas bersama OpenAI pada 2015 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan, namun kini menentang hala tuju syarikat itu yang beralih kepada model komersial.
xAI, yang dilancarkan kurang dua tahun lalu, bersaing secara langsung dengan OpenAI dan kini mengintegrasikan Grok ke dalam kenderaan Tesla serta platform X.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.