Skip to main content

Dunia

Elon Musk dikritik, gantung akaun Twitter wartawan

Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk dikritik, gantung akaun Twitter wartawan

Akaun Twitter Elon Musk dipaparkan di telefon bijak. (Gambar: Chris DELMAS/AFP)

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  Antonio Guterres berkata beliau "sangat terganggu" dengan tindakan Elon Musk menggantung akaun Twitter sejumlah wartawan. 

Encik Guterres turut menegaskan "kebebasan media bukan mainan", kata jurucakap beliau  Stephane Dujarric, pada Jumaat (16 Dis) 

"Kami sangat terganggu dengan penggantungan akaun wartawan di Twitter," kata Encik Dujarric pada satu taklimat media. 

Encik Dujarric menambah, suara media tidak harus ditindas di wadah yang mendakwa dirinya ruang untuk kebebasan bersuara. Jurucakap itu turut berkata, langkah berkenaan berbahaya ketika wartawan di seluruh dunia berdepan dengan penapisan, ancaman fizikal dan banyak lagi yang lebih teruk. 

Sejak Khamis lalu, pemilik baru platform media sosial itu menggantung akaun Twitter sekurang-kurangnya enam wartawan yang mengkritiknya sejak pembelian platform media sosial itu. 

Wartawan-wartawan itu termasuk dari New York Times, Washington Post, CNN dan Voice of America, serta beberapa wartawan bebas, lapor The New York Times. 

Platform media sosial itu memaparkan notis "akaun digantung" di akaun wartawan berkenaan. 

Sehari sebelumnya, Encik Musk melarang sama sekali satu akaun yang menjejaki penerbangan pesawat peribadi beliau.

"Anda boleh mengecam saya sepanjang hari, tetapi anda tidak boleh mengesan jejak lokasi saya dan membahayakan keluarga saya," tulis Encik Musk kepada salah seorang warga net yang menarik perhatian bahawa akaun berkenaan beroperasi serupa dengan pengesanan pesawat di laman-laman web lain. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita