Elon Musk beli bangunan ketiga bagi syarikat xAI kembangkan prasarana
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Elon Musk berkata pada Selasa (30 Dis) bahawa syarikat pemula kecerdasan buatannya, xAI, sudah membeli bangunan ketiga untuk mengembangkan prasarananya.
Ia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan latihan kepada hampir 2 gigawatt kuasa pengkomputeran.
Perkembangan terkini itu menggariskan dorongan xAI untuk bersaing dengan lebih berkesan dengan peneraju industri, ChatGPT OpenAI dan Claude Anthropic dengan melatih model yang lebih canggih.
Kelompok 'superkomputer' syarikat di Memphis, Tennessee, yang dikenali sebagai Colossus, disebut-sebut sebagai yang terbesar di dunia.
"xAI membeli bangunan ketiga yang diberi nama MACROHARDRR," tulis Encik Musk di X, tanpa mendedahkan lokasinya. Istilah itu seakan-akan mengejek jenama Microsoft.
The Information, yang melaporkan perkembangan tersebut sambil menukil rekod hartanah dan seseorang yang mempunyai tahu tentang projek itu, menyatakan bahawa bangunan untuk pusat data bersaiz besar ketiga itu dirancang di luar Memphis.
xAI merancang untuk mengembangkan 'superkomputer' Colossus untuk menempatkan sekurang-kurangnya 1 juta unit pemprosesan grafik.
Syarikat pemula itu merancang untuk mula merubah gudang yang baru dibeli itu menjadi pusat data pada tahun 2026, lapor The Information.
Ia menambah bahawa kedua-dua pusat data baharu dan Colossus 2 terletak berdekatan dengan loji janakuasa gas asli yang sedang dibina oleh xAI di kawasan itu, serta sumber-sumber kuasa lain.
Walau bagaimanapun, pengembangan prasarana AI menerima kritikan daripada para aktivis alam sekitar kerana pusat data menggunakan sejumlah besar tenaga.
xAI belum segera memberi respons kepada permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.