Elak rusuhan, Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan semasa wawancara bersama AFP di tempat tinggalnya di Lahore pada 18 Mei 2023. (Gambar: Arif Ali/AFP)
ISLAMABAD: Liputan media terhadap mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.
Menurut laporan media antarabangsa, ini selepas pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan demikian bagi mengelakkan tercetusnya rusuhan, seperti yang berlaku susulan penahanan beliau bulan lalu.
Pihak Berkuasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) meminta pemegang lesen televisyen memastikan tiada individu terlibat dengan rusuhan itu dipaparkan dalam media.
Liputan berita mengenai mantan Perdana Menteri itu, yang merupakan pemimpin paling popular Pakistan, tidak lagi disiarkan, hinggakan nama dan gambarnya juga tidak kelihatan.
Malah, sebutan namanya juga telah hilang dari laman web berita.
Sejak sekian lama, Encik Khan menjadi ahli politik yang paling banyak mendapat liputan siaran di Pakistan.
Lazimnya, ucapan dan perhimpunannya mendapat liputan dan tontonan meluas. Larangan itu dibuat di tengah-tengah tindakan keras terhadap Encik Khan sementara berpuluh-puluh ahli parti serta penyokongnya ditangkap.

Beliau telah ditangkap atas tuduhan rasuah tetapi dibebaskan dua hari kemudian selepas mahkamah menganggap cara penahanannya menyalahi undang-undang.
Beliau masih diikat jamin, tetapi menghadapi berpuluh-puluh kes.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.