Eksport peralatan perlindungan COVID-19 China ke Korea Utara melonjak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kim Won Jin/AFP)
BEIJING: Eksport China ke Korea Utara meningkat pada kadar yang lebih perlahan pada bulan September, tetapi penghantaran pelitup dan barangan berkaitan COVID-19 yang lain meningkat sedang negara yang disasingkan daripada dunia itu meningkatkan perjuangannya memerangi kemungkinan kenaikan jangkitan COVID-19.
Demikian menurut data pusat pemeriksaan China pada Isnin (24 Okt).
Pyongyang mengisytiharkan sudah berjaya memerangi COVID-19 pada Ogos manakala agensi berita dan televisyen negara menunjukkan warga emas dan pelajar universiti memakai pelitup pada Oktober.

Pakar kesihatan awam negara itu turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan pelitup sebagai perlindungan daripada kemunculan semula virus itu.
Korea Utara belum mengesahkan jumlah orang yang dijangkiti COVID-19 kerana negara itu tidak mempunyai cara untuk menjalankan ujian yang meluas.
China mengeksport 10.56 juta pelitup ke Korea Utara pada September berbanding hanya 210 pelitup pada Ogos, menurut data yang dikeluarkan oleh pusat pemeriksaan China.
Kira-kira 40,000 pasang sarung tangan getah dieksport ke Korea Utara pada bulan September, berbanding tiada pada bulan Ogos.
Eksport keseluruhan China ke Korea Utara meningkat 62.5 peratus tahun ke tahun kepada AS$90.07 juta (S$128 juta), selepas melonjak 217.7 peratus pada Ogos.
Eksport tertinggi mengikut nilai ialah tayar getah, rambut palsu, minyak kacang soya dan tembakau.
China menyatakan pada hujung September bahawa operasi kereta api pengangkutan rentas sempadan antara Korea Utara dan China disambung semula, menamatkan penggantungan lima bulan untuk mengehadkan penularan COVID-19.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.