Skip to main content

Dunia

Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Pengeksportan pertama durian segar ke China yang dijangka bermula September ini tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran Malaysia.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abdul Rashid Bahri berkata ini berikutan durian yang dieksport itu khusus bagi pasaran ke China, dan durian yang dipilih hanya melibatkan durian klon jenis premium seperti Musang King, IOI atau Duri Hitam serta bergantung kepada permintaan dari negara berkenaan.  

"Kita beri jaminan harga durian tidak akan mahal sebab bagi pasaran tempatan, penduduk masih mempunyai pelbagai pilihan termasuk durian kampung. Lagi pula musim kali ini agak panjang iaitu hingga September ini pun kita jangka akan masih ada banyak buah. 

"Jadi akan ada durian mampu milik di pasaran tempatan dan mungkin ada kenaikan harga sedikit kerana ada kos yang perlu ditanggung penjual durian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kendurian@Jualan Agro MADANI di Melaka pada Sabtu (6 Jul). 

Penghantaran pertama durian segar ke China yang akan menggunakan laluan udara atau kapal laut itu turut bergantung kepada bekalan yang ada serta permintaan dari negara berkenaan. 

"Jika menggunakan kapal laut, kita anggarkan penghantaran sekitar 10 atau 20 metrik tan, manakala bagi pengangkutan udara yang agak terhad, kita jangka dalam satu metrik tan atau 5,000 biji," katanya. 

Setakat ini, sekitar 70 pusat pembungkusan sedang diaudit oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di samping lebih 200 ladang durian yang mematuhi piawaian Amalan Pertanian Baik memohon untuk proses pengauditan bagi melayakkan buah durian mereka dieskport. 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita