Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Eksport beras Thai boleh cecah 8 juta tan tahun ini walaupun berlakunya banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport beras Thai boleh cecah 8 juta tan tahun ini walaupun berlakunya banjir

Beras Thai. (Gambar: Unsplash)

THAILAND: Eksport beras Thailand mungkin mencapai lapan juta tan tahun ini memandangkan banjir akibat Taufan Noru hanya meninggalkan sedikit kesan dan mata wang baht yang lemah sudah membantu penjualan luar negara.

Demikian menurut Presiden Persatuan Eksport Beras Thai pada Rabu (5 Okt).

Pengeskport ketiga terbesar beras di dunia itu mengeksport 6.11 juta tan beras tahun lalu.

Presiden Kehormat Persatuan Eksport Beras Thai Chookiat Ophaswongse, memberitahu Reuters bahawa banjir akibat taufan yang berlaku pada lewat September and awal Oktober mengakibatkan kerosakan pada tanaman, namun ia tidak menjejas eksport.

"Kami masih boleh mencapai 7.5 juta tan eksport dan mungkin 8 tan juga disebabkan mata wang baht yang lemah serta cukai eksport India," kata Encik Chookiat.

Pada September, India, iaitu pengeksport terbesar dunia, melarang penjualan beras pecah ke luar negara dan mengenakan levi 20 peratus ke atas eksport pelbagai gred beras.

Sekiranya tiada perubahan dramatik pada keadaan, Encik Chookiat menjangkakan eksport sebanyak 8 juta tan pada 2023 juga.

Persatuan tersebut meningkatkan sasaran eksport kepada 7.5 juta tan dari 7 juta tan disebabkan penghasilan beras lebih tinggi serta mata wang baht yang lemah.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan