Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Eksport ayam 3.6 juta ekor sebulan dihentikan mulai 1 Jun, kata PM Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ketetapan itu diputuskan semasa mesyuarat Kabinet hari ini (23 Mei) sebagai langkah jangka pendek kerajaan terhadap isu bekalan serta harga ayam.

Encik Ismail Sabri berkata selain itu kerajaan turut memutuskan untuk mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan kemudahan penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi-agensi berkaitan.

Turut diputuskan adalah memansuhkan Permit Import (AP) ayam termasuk ayam bulat dan keratan ayam yang bertujuan untuk meningkatkan peluang pelibatan pengimport untuk menyediakan lebih banyak sumber bekalan dan mempermudahkan proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam.

Sebagai langkah jangka pendek mesyuarat Kabinet hari ini juga membuat ketetapan untuk menambah dan mengiktiraf loji penyembelihan di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam, kata Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan