Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ekonomi AS tidak gawat, tegas Biden

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi AS tidak gawat, tegas Biden

(Gambar: Anna Moneymaker/Getty Images via AFP)

WASHINGTON: Ramai ahli ekonomi dan kakitangan perbankan berkata ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak berada dalam kemelesetan, kata Presiden Joe Biden pada Khamis (28 Jul). 

"Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan ramai kakitangan perbankan serta ahli ekonomi berkata kami tidak berada dalam kemelesetan," kata Encik Biden di Rumah Putih.

Beliau berkata kadar pekerjaan baru yang diwujudkan dalam ekonomi AS dan rekod pengangguran adalah sebanyak 3.6 peratus.

"Ia bukan kemelesetan kepada saya," kata Encik Biden.

Awal dari itu pada Khamis (28 Jul), Jabatan Perdagangan AS menyatakan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS menguncup 0.9 peratus pada suku kedua tahun ini selepas penurunan KDNK suku pertama sebanyak 1.6 peratus. 

Takrifan kemelesetan ialah mempunyai dua perempat pertumbuhan negatif.

Bagaimanapun, menurut pentadbiran Presiden Biden, angka terbaru itu adalah berdasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.7 peratus untuk tahun 2021 - pertumbuhan terpantas dalam empat dekad selepas penguncupan 3.5 peratus pada 2020 akibat langkah-langkah pandemik COVID-19.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan