Skip to main content

Dunia

Ekonomi Thailand meningkat 3.0 hingga 3.5% pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Ekonomi Thailand masih dijangka tumbuh 3.0 hingga 3.5 peratus tahun ini sedang mata wang bhat yang lemah membantu dari segi eksport.

Demikian dikatakan oleh Menteri Kewangan Thailand pada Rabu (5 Okt), lapor Reuters.

Namun begitu, masalah rantaian bekalan seperti dalam sektor kenderaan dan elektronik turut menjejas eksport, kata Menteri Kewangan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith semasa satu seminar perniagaan.

Unjuran pertumbuhan yang diramalkan oleh beliau dipadankan dengan kumpulan perniagaan bersama utama, kemudian dibandingkan dengan pertumbuhan 3.3 peratus yang diramalkan oleh bank pusat.

Inflasi secara keseluruhan di dalam ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu merosot daripada jangkaan pada September, lapor Reuters.

Inflasi semakin merosot daripada bulan sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu (5 Okt).

Namun, harga pengguna yang melebihi sasaran mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah daripada bank pusat pada November.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita