Skip to main content

Dunia

Ekonomi Sri Lanka masih perlukan banyak pembaharuan: IMF

Anggaran Waktu Membaca:
COLOMBO: Sudah setahun sejak rakyat Sri Lanka menyerbu masuk kediaman presiden negara itu menyusuli kekacauan awam yang berlarutan selama beberapa bulan, sekali gus menggulingkan mantan pemimpinnya Gotabaya Rajapaksa.

Beberapa bulan sebelum itu, Sri Lanka gagal membayar hutang asing sebanyak AS$46 bilion (S$62 bilion) dan menyebabkan negara itu terjerumus ke dalam keadaan huru-hara.

Ia kemudian kekeringan dana untuk membiaya barangan import, lantas meninggalkan rakyat Sri Lanka terpaksa menanggung kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

Krisis yang menghimpit negara itu reda sedikit setahun kemudian.

Namun, inflasi kekal tinggi pada 12 peratus bulan lalu, setelah memuncak kepada hampir 70 peratus pada September.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang memberikan bantuan kewangan AS$3 bilion (S$4 bilion) kepada Sri Lanka pada Mac lalu, menyatakan ekonomi negara itu sudah menunjukkan beberapa tanda peningkatan tetapi lebih banyak pembaharuan masih diperlukan.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita