Skip to main content

Dunia

Ekonomi M'sia kukuh, kemungkinan muflis seperti Sri Lanka amat tipis, kata Menteri

Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh daripada Sri Lanka jika dibandingkan indikator ekonomi kedua-dua negara, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh daripada Sri Lanka jika dibandingkan indikator ekonomi kedua-dua negara, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sehubungan itu, beliau berkata kemungkinan untuk negara tersebut muflis seperti Sri Lanka adalah amat tipis.

Menurutnya, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga tidak pernah menyatakan Malaysia mengalami masalah ekonomi yang mengakibatkan negara muflis, sebaliknya mereka yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Pada April tahun ini, IMF telah menyuarakan keyakinan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi 2022 akan berkembang pada kadar 5.75 peratus,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini (19 Jul).

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai sama ada tahap keberhutangan Malaysia masih di paras terurus dan penularan di media sosial bahawa Malaysia akan menjadi seperti Sri Lanka.

“Namun demikian, kerajaan perlu terus mengurus kewangan negara secara berhemat dan mengawal tahap hutang dari segi kemampuan,” katanya. 
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita