Ekonomi Malaysia tumbuh 5.2% pada Q3 berbanding tempoh sama tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang penjual ikan di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia, pada 18 Oktober 2024. (Gambar: REUTERS/Hasnoor Hussain)
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga, lebih pantas berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Angka awal rasmi pada Jumaat (17 Okt) ini menunjukkan pertumbuhan itu didorong oleh perbelanjaan domestik yang kukuh.
Pada suku kedua, Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus berdasarkan tahunan, menyamai kadar yang ditetapkan dalam tiga bulan pertama tahun ini, meskipun terdapat kelembapan dalam eksport.
Peningkatan pada suku Julai hingga September disokong oleh prestasi padu dalam semua sektor, dengan permintaan domestik terus memacu pertumbuhan, menurut Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan.
Ketua Statistik, Mohd Uzir Mahidin, berkata perbelanjaan domestik menerima rangsangan lanjut oleh siri langkah kerajaan untuk menyokong ekonomi, termasuk pemotongan kadar faedah pada Julai dan pengeluaran bantuan tunai sekali beri kepada rakyat Malaysia yang layak pada Ogos.
"Pelaburan modal yang berterusan dan permintaan luaran yang meningkat terus mengukuhkan pengembangan ekonomi, walaupun berdepan cabaran daripada dasar perdagangan yang tidak menentu," katanya.
Angka GDP suku ketiga yang muktamad dijangka akan dikeluarkan pada 14 November.
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4 peratus hingga 4.8 peratus tahun ini, perlahan berbanding 5.1 peratus tahun lalu, disebabkan oleh ketidakpastian sekitar perdagangan dan tarif global. Pada Ogos, Amerika Syarikat mengenakan levi 19 peratus ke atas import dari Malaysia.
Kerajaan Malaysia bulan ini menyatakan ia menjangkakan pertumbuhan ekonomi antara 4 peratus hingga 4.5 peratus pada tahun hadapan.
Encik Mohd Uzir berkata sektor perkhidmatan berkembang 5.1 peratus berbanding tahun sebelumnya pada suku ketiga, manakala pembuatan meningkat 4.0 peratus. Sektor pelombongan melonjak 10.9 peratus selepas merosot 5.2 peratus pada suku sebelumnya, manakala pembinaan naik 11.2 peratus, katanya.
Data berasingan yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan pertumbuhan eksport melonjak kepada 12.2 peratus pada asas tahunan pada September, meningkat daripada 1.9 peratus pada Ogos dan melebihi jangkaan penganalisis sebanyak 3.4 peratus.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.