Ekonomi Makkah rancak jelang Ramadan
Makkah menyaksikan peningkatan ketara dalam kegiatan ekonominya menjelang Ramadan.
Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Makkah menyaksikan peningkatan ketara dalam kegiatan ekonominya menjelang Ramadan. Jumlah pengunjung pasar, pusat komersial dan kadar penghunian hotel meningkat dengan pesat, sekali gus menonjolkan kepentingan bandar tersebut dalam tempoh keagamaan tersebut, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Permintaan kukuh dilihat dalam sektor runcit dan makanan bagi barangan keperluan, kurma, minuman serta hiasan bermusim, manakala pasaran tradisional dan moden melaporkan aktiviti pembelian rancak yang disokong tawaran pemasaran.
Dalam sektor hospitaliti, tempahan awal hotel berhampiran Masjidil Haram meningkat dengan mendadak sementara kadar penghunian dijangka naik dengan ketara apabila jemaah umrah dan pengunjung lain tiba kelak.
Perkhidmatan pengangkutan dan logistik juga meningkat, dengan pihak berkuasa mempertingkatkan pengurusan trafik dan akses ke Kaabah.
Langkah kesihatan dan keselamatan turut diperkukuh bagi memastikan kualiti makanan dan keselamatan awam sepanjang musim sibuk ini.
Perbandaran Makkah juga mempergiatkan pemeriksaan di pasar dan kedai bagi menguatkuasakan peraturan kesihatan, dengan pasukan-pasukan yang memantau premis makanan dan dapur secara aktif.
Kerjasama orang awam dalam melaporkan masalah juga penting bagi mengekalkan piawaian kesihatan awam.
Kegiatan ekonomi ini menekankan peranan Makkah sebagai hab kerohanian dan ekonomi yang rancak.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.