Skip to main content

Dunia

Ekonomi Korea Utara terjejas teruk akibat sekatan: Seoul

Ekonomi Korea Utara pada 2017 menguncup dek sekatan yang dikuatkuasa terhadapnya

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi Korea Utara terjejas teruk akibat sekatan: Seoul

(Gambar fail: Damir Sagolj/ Reuters).

Diterbitkan : 20 Jul 2018 10:06PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 10:07PM

SEOUL: Ekonomi Korea Utara menguncup sebanyak 3.5 peratus tahun lalu iaitu prestasi terburuknya sepanjang dua dekad lalu disebabkan sekatan yang dikenakan berhubung program senjatanya menurut bank pusat Korea Selatan, hari ini (20 Jul).

Menurut Bank of Korea (BOK) ini berbanding pertumbuhan 3.9 peratus yang dicatat pada 2016.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melarang beberapa export utama Korea Utara, tahun lalu, antaranya arang batu dan sumber galian lain, makanan laut dan produk-produk tekstil bagi menyekat akses kepada pertukaran asing utama sebagai respons kepada kedegilan Pyongyang menghasilkan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Akibatnya, industri perlombongan Korea Utara merosot sebanyak 11 peratus berbanding pertumbuhan 8.4 peratus pada 2016.

Hasil pengilangan pula jatuh 6.9 peratus berbanding pertumbuhan 4.8 peratus dua tahun lalu manakala, hasil tani dan makanan laut susut 1.3 peratus selepas berkembang pada 2016.

Di sebalik sidang puncak bersejarah antara pemimpin Korea Utara dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bulan lalu di Singapura, Encik Trump berkata sekatan-sekatan akan kekal berkuat kuasa sehingga Pyongyang mengambil langkah-langkah besar ke arah pelucutan senjata nuklear negara itu.

Sumber : AFP/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita