Ekonomi China tumbuh 6.6%, kadar paling perlahan dalam 28 tahun
Ekonomi China tumbuh pada kadar paling perlahan dalam hampir 30 tahun pada 2018 dan mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan pada suku terakhir tahun lalu.
BEIJING: Ekonomi China tumbuh pada kadar paling perlahan dalam hampir 30 tahun pada 2018 dan mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan pada suku terakhir tahun lalu. Ini menurut data rasmi pada Isnin (21 Jan), di tengah-tengah hutangnya yang meningkat dan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Ekonomi kedua terbesar di dunia itu mencatat pertumbuhan sebanyak 6.6 peratus tahun lalu dan 6.4 peratus antara Oktober hingga Disember, sejajar dengan ramalan oleh para penganalisis yang ditinjau AFP - menurut Biro Statistik Nasional.
Pemerintah menetapkan sasaran pertumbuhan sekitar 6.5 peratus pada 2018.
Para penggubal dasar China dijangka akan berusaha mendapatkan sokongan bagi ekonominya tahun ini untuk mengelakkan kemerosotan mendadak. Bagaimanapun menurut para pengamat, kegiatan ekonomi tidak mungkin akan stabil sehingga musim panas ini, sekali gus menambah tekanan Beijing untuk mencapai perjanjian dengan Washington bagi menamatkan perang perdagangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.