Ekonomi Asia Tenggara dijangka catat pertumbuhan positif dalam sedekad
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Enam ekonomi utama di Asia Tenggara iaitu Vietnam, Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura diunjur berkembang pada kadar purata tahunan 5.1 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Demikian menurut laporan bertajuk "Navigating High Winds: Southeast Asia Outlook 2024-2034."
Laporan berkenaan dikeluarkan bersama DBS Bank, Bain & Company dan Angsana Council pada Khamis (31 Jul), lapor Xinhua.
Enam ekonomi utama serantau itu akan mendapat manfaat daripada lebih 600 juta pengguna di pasaran Asia Tenggara dan hubungan sejarah yang kukuh dengan ekonomi perdagangan utama, tambah laporan itu.
Sementara itu, peningkatan perlindungan dalam pasaran maju dan pengurangan aktiviti perindustrian secara beransur-ansur akibat perubahan faktor daya saing akan memberi kesan negatif kepada ekonomi.
Laporan tersebut menganggarkan bahawa Singapura akan berkembang pada kadar purata tahunan 2.5 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Pembuatan termaju, perkhidmatan, pelancongan dan kumpulan bakat bertaraf dunia dijangka menjadi pemacu ekonomi yang kuat.
Bagaimanapun, menurut laporan itu, cabaran demografi, kekangan tenaga kerja, serta kos perniagaan yang lebih tinggi mungkin mengehadkan prospek negara.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.