Ejen ICE tembak mati seorang lagi individu di Minneapolis, cetuskan bantahan
Anggaran Waktu Membaca:
MINNEAPOLIS: Ejen imigresen persekutuan menembak mati seorang lelaki di Minneapolis pada Sabtu (24 Jan), dalam tembakan maut kedua terhadap orang awam semasa operasi operasi pentadbiran Encik Trump yang tidak pernah berlaku di bandar itu, mencetuskan bantahan baharu dan kemarahan daipada pihak berkuasa wilayah.
Kematian itu berlaku kurang tiga minggu selepas warga Amerika Renee Good ditembak dan dibunuh oleh seorang ejen Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE).
Pada Sabtu, sama seperti selepas kematian Good, pegawai persekutuan dan tempatan memberikan penilaian berbeza berhubung pembunuhan mangsa, selepas rakaman video pertelingkahan yang berlaku merebak pantas menerusi online.
Gabenor Minnesota Tim Walz menyifatkan serangan tembakan itu "mengerikan" dan menuntut agar pihak berkuasa memimpin dalam siasatan.
"Pemerintah persekutuan tidak boleh dipercayai untuk memimpin siasatan ini. Wilayah ini akan mengendalikannya," kata Encik Watz dalam satu sidang media.
Pihak berkuasa persekutuan secara kontroversi menghalang penyiasat tempatan daripada bekerjasama untuk menyiasat kematian Good.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) pula menegaskan lelaki yang dibunuh pada Sabtu, dikenal pasti oleh media tempatan sebagai jururawat berusia 37 tahun, Alex Pretti, "menghampiri" para ejen sambil mengacukan pistol sebelum "dia meronta-ronta" ketika para pegawai cuba melucutkan senjatanya.
Namun rakaman video kejadian, yang belum disahkan oleh AFP, menunjukkan Pretti berada di tepi jalan dan beliau kelihatan cuba melindungi seorang penunjuk perasaan wanita daripada disembur dengan penyembur kimia, apabila seorang ejen mengheret Pretti ke arah jalan raya yang berais.
Beberapa ejen cuba menahannya dan beberapa saat kemudian, seorang pegawai melepaskan tembakan ke arahnya, dan mayatnya kemudian ditembak beberapa kali daripada jarak jauh.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.