Skip to main content

Dunia

Edisi pertama novel 'Harry Potter and the Philosopher’s Stone' dilelong £18,000

Anggaran Waktu Membaca:
Edisi pertama novel 'Harry Potter and the Philosopher’s Stone' dilelong £18,000

(Gambar: AFP/ANGELA WEISS)

Diterbitkan : 09 Feb 2025 03:26PM Dikemas Kini : 09 Feb 2025 03:27PM
LONDON: Sebuah edisi pertama novel sulung JK Rowling, "Harry Potter and the Philosopher’s Stone" dilelong pada harga £18,000 (S$30,000) dalam satu sesi lelongan, lapor agensi berita Jerman (dpa).  

Naskhah itu merupakan satu daripada 500 salinan pertama yang dicetak pada 1997, dijual pada Sabtu (8 Feb) oleh NLB Auctions yang berpangkalan di Paignton, Devon.  

Buku itu mempunyai kesilapan ejaan pada bahagian belakang kulit buku bagi perkataan "Philosopher’s" serta kesilapan dalam senarai peralatan di halaman 53, di mana perkataan “1 wand” disenaraikan dua kali.  

Walaupun dijangka terjual pada harga antara £20,000 (S$34,000) dengan £30,000 (S$50,000), buku itu akhirnya dibida pada harga £18,000 (S$30,000).  

Pihak lelongan menggambarkannya sebagai “contoh baik bagi edisi pertama yang amat jarang ditemui” dengan sedikit kesan penggunaan.  

Ia juga merupakan satu daripada 300 edisi perpustakaan, berdasarkan cop perpustakaan pada halaman tajuk serta tanda kad slip perpustakaan.  

Ketika diterbitkan, hanya sejumlah kecil salinan dicetak kerana penerbit masih ragu-ragu mengenai potensi kejayaan buku berkenaan.  

Siri Harry Potter mengandungi tujuh buah novel dan diadaptasi menjadi filem pecah panggung, akhirnya menjadi antara karya paling popular di dunia.  

Pada Jun tahun lalu, satu lagi edisi pertama buku itu dilelong pada harga £45,201 (S$76,000), manakala satu salinan buku dalam keadaan sempurna berjaya dijual pada harga £69,000 (S$116,000) pada Mac 2022.  
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita