ECRL Malaysia: Projek berisiko tertangguh akibat kecurian kabel, peralatan
Anggaran Waktu Membaca:
Stesen ECRL yang sedang dibina di Kota Bharu, Kelantan. (Gambar: CNA/Hari Anggara)
KUALA LUMPUR: Kecurian peralatan isyarat dan kabel komunikasi yang dilaporkan boleh menggagalkan Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) Malaysia yang amat dinanti-nantikan semasa fasa kritikal sebelum tarikh ia dijadual siap, menurut pemilik projek.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Darwis Abdul Razak, berkata beberapa kes kecurian dikesan di lokasi-lokasi tertentu di sepanjang landasan ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, lapor media tempatan pada Isnin (23 Jun).
"Insiden ini bukan sahaja meningkatkan kos pembaikan dan penggantian, malah berisiko menangguhkan jadual ujian dan pentauliahan kereta api, yang dijangka bermula pada Jun 2026," kata Encik Darwis dalam wawancara dengan delegasi media Malaysia di Beijing.
Projek itu disasarkan siap pada Disember 2026.
Lebih 1,200m kabel isyarat dilaporkan hilang di sepanjang jajaran landasannya, dengan 81 unit pengubah luar turut dicuri, menurut The Star.
Sejak bermulanya pemasangan sistem komunikasi, maklumat dan isyarat di Stesen Kota Sultan Ahmad Shah di Pahang pada Mac, pencuri menyerang sekurang-kurangnya tujuh lokasi.
Ini termasuk Paya Besar, Cherating, dan Kuantan Port City di Pahang, Chukai, Dungun dan Kemasik di Terengganu serta Pasir Puteh di Kelantan, lapor media tempatan.
Encik Darwis, yang dipetik oleh Free Malaysia Today, berkata 2025 menandakan fasa paling kritikal projek itu, dengan pemasangan sistem komunikasi, maklumat, dan isyarat sedang dijalankan di stesen Kota Sultan Ahmad Shah, dan dijadual diteruskan serentak di stesen-stesen lain tidak lama lagi.
Di kawasan berhampiran stesen itu, kontraktor utama ECRL - China Communications Construction Company (CCCC) - mendapati beberapa kabel gentian optik ditinggalkan setelah dipotong.
Walaupun tahap atau nilai kerosakan belum didedahkan secara rasmi, The Star melaporkan bahawa kabel gentian optik dianggap tidak bernilai di pasaran besi buruk kerana tidak mengandungi logam dan 1,200m kabel isyarat yang dicuri mengandungi sedikit logam.
Menurut MRL, pencuri menggunakan alat pemotong bukan profesional untuk melakukan kerja itu dengan tergesa-gesa dan malah datang dengan pengangkutan.
Menyikap kebimbangan yang dibangkitkan oleh MRL, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke pada Isnin berkata beliau sudah meminta polis untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap insiden kecurian kabel di sepanjang landasan kereta api.
"Pertama, MRL akan melaksanakan langkah-langkah mitigasi untuk memastikan keselamatan yang lebih baik di tapak. Walau bagaimanapun, saya juga sudah menghubungi Menteri Dalam Negeri untuk meminta polis mengambil tindakan yang lebih tegas dalam hal ini," katanya, seperti yang dipetik oleh Yahoo News.
Beliau menambah bahawa kecurian sedemikian bukan sahaja berlaku pada ECRL tetapi juga telah melanda pengendali kereta api utama Semenanjung Malaysia, Keretapi Tanah Melayu (KTM).
Encik Loke berkata kecurian kabel tidak seharusnya dianggap sebagai jenayah biasa, kerana ia menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.
"Saya telah secara terbuka menyeru polis untuk tidak hanya menganggap ini sebagai kes kecurian. Ini melibatkan keselamatan awam, ia mengganggu ketenteraman awam, dan ia menjejaskan keselamatan negara.
"Oleh itu, tindakan yang lebih tegas di bawah undang-undang yang lebih ketat harus diambil. Bagaimanapun, saya akan menyerahkannya kepada budi bicara polis untuk memutuskan tindakan yang sesuai, tetapi kita tidak boleh menganggap ini sebagai kes kecurian biasa," tambahnya.
Status Projek dan Langkah ke Hadapan
Dengan operasi dijangka bermula pada 2027, Encik Darwis dari MRL berkata bahawa jika CCCC gagal menyiapkan projek tepat pada masanya, konglomerat itu boleh mengalami kerugian RM1.25 juta (S$378,450) sehari.
MRL, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan), adalah pemilik projek prasarana mega RM50 bilion (S$15 bilion) itu, manakala CCCC adalah kontraktor utama.
Sebagai pemilik projek, MRL membuat aduan polis mengenai insiden baru-baru ini dan sedang memperketat langkah-langkah keselamatan, termasuk pelantikan firma keselamatan khusus untuk memantau dan menjaga aset ECRL di lapangan, kata Encik Darwis kepada media.
"Kami juga mengharapkan kerjasama berterusan daripada pihak berkuasa dan masyarakat tempatan untuk membantu membendung jenayah ini. Ini adalah projek nasional yang mesti kita lindungi bersama," kata Encik Darwis, seperti yang dipetik oleh agensi berita tempatan Bernama.
Beliau juga merancang untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail dan ketua polis negeri-negeri yang terjejas untuk mendapatkan kerjasama dan penyelesaian kepada isu tersebut.
Menurut Bernama, projek itu sudah siap 83.38 peratus setakat Mei, mengikut jadual untuk memenuhi sasaran tarikh akhir Disember.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.