Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ebrahim Raisi Presiden baru Iran

Seperti yang diramalkan calon berfaham konservatif, Ebrahim Raisi bakal menjadi Presiden baru Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Ebrahim Raisi Presiden baru Iran

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 04:12PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 04:14PM

TEHRAN: Seperti yang diramalkan calon berfaham konservatif, Ebrahim Raisi bakal menjadi Presiden baru Iran.

Ketua Hakim itu menang Pilihan Raya Presiden pada Jumaat (18 Jun) selepas tiga calon lain mengaku kalah walaupun keputusan rasminya belum diumumkan.

Encik Raisi rapat dengan pemimpin ulung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang mempunyai kuasa politik mutlak di negara Teluk itu.

Berusia 60 tahun, Encik Raisi akan menggantikan Presiden Hassan Rouhani yang berfaham sederhana pada Ogos nanti.

Bakal Presiden Iran itu mempunyai pandangan sangat konservatif dalam banyak isu sosial seperti peranan wanita dalam kehidupan awam.

Media Iran pernah menyebut Encik Raisi sebagai bakal pengganti Ayatollah Ali Khamenei.

Encik Raisi akan menjadi Presiden Iran yang pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat kerana didakwa terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai tahanan politik dalam tahun 1988.

Beliau menyangkal dakwaan itu.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan