Ebit Lew buat laporan polis tentang fitnah melampau
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Ebit Lew)
SHAH ALAM: Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, membuat laporan polis menyusuli fitnah yang dikenakan ke atasnya dalam satu program podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.
Lew, 37 tahun, yang baru sahaja tiba dari Jeddah sudah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes tersebut juga akan diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang, lapor Sinar Harian.
“Baru sampai dari Jeddah jam 12.00 malam tadi dan terus ke balai polis membuat laporan mengenai fitnah yang teramat melampau serta langsung tidak berasas ke atas diri saya.
“Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan.
“Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam catatan di aplikasi media sosial X.
Pada 11 September lalu, media tempatan melaporkan, ibu tunggal, Mondy Tattoo mendedahkan cerita sebenar mengenai bantuan penceramah bebas, Ebit Lew, di sebuah podcast khas yang dikendalikan oleh Caprice.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi hantaran di Instagram dan dimuat naik ke laman YouTube.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.