Dyson berhentikan 1,000 pekerja di Britain dalam langkah susun semula syarikat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
LONDON: Dyson akan memotong sekitar 1,000 pekerjaan di Britain, di bawah langkah penyusunan semula global syarikat itu.
Ini akan menjejas lebih suku daripada tenaga kerja syarikat pengeluar vakum itu di negara tersebut.
Syarikat itu mempunyai 3,500 pekerja keseluruhannya di Britain, termasuk di pusat R&D di Malmesbury, timur England.
Ketua Pegawai Eksekutif Dyson Hanno Kirner berkata syarikat itu sudah berkembang pesat dan seperti syarikat-syarikat lain, ia melakukan semakan semula terhadap struktur global untuk memastikan ia bersedia bagi masa hadapan.
"Oleh itu, kami menyarankan perubahan kepada syarikat kami, yang boleh menyebabkan pemberhentian kerja.
"Dyson dikendali dalam pasaran global yang semakin sengit dan berdaya saing, di mana tahap inovasie dan perubahan terus meningkat. Kami mengetahui bahawa kami perlu sentiasa meningkatkan keusahawanan dan tangkas – prinsip yang bukan baharu kepada Dyson," tambahnya.
Apabila dihubungi Mediacorp, Dyson menjelaskan bahawa ibu pejabatnya di Singapura tidak terjejas secara langsung oleh langkah penyusunan semula itu.

Sumber : Agensi berita/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.