Skip to main content

Dunia

Duterta sahkan anak perempuannya bakal bertanding dalam pilihan raya presiden

Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengesahkan anak perempuannya akan bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Duterta sahkan anak perempuannya bakal bertanding dalam pilihan raya presiden

Presiden Duterte tiba di Tokyo, Jepun bersama anak perempuannya pada Oktober 2019. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 03 Oct 2021 03:20PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 03:22PM

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengesahkan anak perempuannya akan bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Menurut saluran televisyen tempatan ABS-CBN, Cik Sara Duterte-Carpio akan bertanding bersama penasihat bapanya, Senator Bong Go.

Encik Go telah mendaftarkan diri sebagai calon naib presiden. Encik Duterte pula telah mengesahkan pencalonan 'Sara-Go'.

Cik Duterte-Carpio adalah datuk bandar Davao, bandar ketiga terbesar di Filipina.

Pengesahan itu menyusuli pengumuman Presiden Duterte semalam untuk berundur daripada politik.

Sumber : Reuters/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita