Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duta Ukraine ke AS rayu bantuan lanjut Kongres setelah Rusia gunakan bom aerosol

Duta Ukraine ke Amerika Syarikat (AS) merayu kepada anggota Kongres AS untuk mendapatkan bantuan lanjut pada Isnin (28 Feb) ketika negaranya menentang 'perang kejam' daripada Rusia. Beliau berkata Rusia menggunakan bom aerosol semalam dalam pencerobohannya ke atas Ukraine, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Duta Ukraine ke AS rayu bantuan lanjut Kongres setelah Rusia gunakan bom aerosol

Pengangkut kakitangan berperisai (APC) Rusia terbakar semasa pertempuran dengan angkatan bersenjata Ukraine di Kharkiv pada 26 Feb 2022. (Gambar: Sergey Bobok/AFP)

Diterbitkan : 01 Mar 2022 09:08AM Dikemas Kini : 01 Mar 2022 09:54PM

WASHINGTON: Duta Ukraine ke Amerika Syarikat (AS) merayu kepada anggota Kongres AS untuk mendapatkan bantuan lanjut pada Isnin (28 Feb) ketika negaranya menentang 'perang kejam' daripada Rusia. Beliau berkata Rusia menggunakan bom aerosol semalam dalam pencerobohannya ke atas Ukraine, lapor Reuters.

"Mereka menggunakan bom aerosol hari ini (semalam), yang sebenarnya dilarang oleh konvensyen Geneva," tegas Duta Besar Oksana Markarova selepas satu mesyuarat bersama para penggubal undang-undang.

"Kemusnahan yang cuba ditimbulkan oleh Rusia ke atas Ukraine adalah besar."

Beliau berkata Ukraine bekerjasama secara aktif dengan pentadbiran dan Kongres Presiden AS Joe Biden untuk mendapatkan lebih banyak senjata serta melaksanakan sekatan yang lebih ketat, lapor Reuters.

"Mereka patut menanggungnya, mereka patut menanggung padah yang lebih berat," katanya kepada wartawan selepas meninggalkan mesyuarat itu.

Seorang penggubal undang-undang yang menghadiri mesyuarat tersebut, wakil Demokrat, Brad Sherman, berkata Ukraine meminta zon larangan terbang yang dikuatkuasakan oleh AS ke atas Ukraine tetapi beliau merasakan itu terlalu berbahaya kerana ia boleh mencetuskan konflik dengan Russia.

Bom aerosol menggunakan oksigen dari udara sekeliling untuk menghasilkan letupan bersuhu tinggi, biasanya menghasilkan gelombang letupan dalam tempoh yang lebih lama berbanding bahan letupan biasa.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan