Duta Perancis di Niger 'dijadikan tebusan', kata Presiden Macron
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Perancis, Emmanuel Macron. (Gambar fail: AP)
ATHENS: Di bawah pentadbiran ketenteraan baharu Niger, Duta Perancis telah "dijadikan tebusan," kata Presiden Emmanuel Macron.
"Di Niger, semasa saya bercakap dengan anda, kami mempunyai seorang duta dan anggota diplomatik yang benar-benar dijadikan tebusan di Kedutaan Perancis," kata Encik Emmanuel Macron dalam lawatannya ke bandar barat laut Semur-en-Auxois, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik penyiar BFMTV.
Memandangkan pemimpin Niger tidak membenarkan bekalan segar masuk ke pekarangan kedutaan, duta itu terpaksa makan hanya catuan tentera, tambahnya.

Niger terjerumus ke dalam kekacauan pada 26 Julai, apabila Jeneral Abdourahamane Tchiani, bekas komander pengawal presiden, mengetuai campur tangan tentera yang menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum.
Pada penghujung Ogos, pentadbiran tentera Niger mengarahkan Duta Sylvain Itte diusir tetapi Paris menolak.
Pentadbiran tentera juga mengambil alih kuasa di Burkina Faso pada 2022 dan di Mali pada 2020.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.