Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duta Myanmar ke China meninggal dunia pada Ahad

Anggaran Waktu Membaca:
Duta Myanmar ke China meninggal dunia pada Ahad

Bendera kebangsaan Myanmar. (Gambar: iStock/ugurhan)

Diterbitkan : 08 Aug 2022 02:35PM Dikemas Kini : 08 Aug 2022 02:36PM
BEIJING: Duta Myanmar ke China meninggal dunia pada Ahad (7 Ogos).

Demikian menurut sumber-sumber diplomatik.

Beliau merupakan duta keempat yang meninggal dunia di China dalam tempoh setahun lalu.

Duta U Myo Thant Pe kali terakhir dilihat pada Sabtu (6 Ogos) semasa bertemu dengan seorang pegawai tempatan di wilayah barat daya China Yunan yang bersempadan dengan Myanmar, lapor berita tempatan.

Berhubung kematian duta U Myo Thant Pe, tiga orang diplomat memberitahu Reuters bahawa beliau meninggal dunia pada hari Ahad (7 Ogos) sedang beliau dalam perjalanan di Yunan. Para diplomat dan satu laporan media di Myanmar menyatakan bahawa punca kematiannya berkemungkinan disebabkan serangan jantung.

Kedutaan Myanmar bagaimanapun tidak segera menjawab pertanyaan bagi komen.

U Myo Thant Pe dilantik sebagai duta ke China pada hujung 2019 dan kekal dalam jawatannya selepas tentera Myanmar mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa pada Februari 2021.

Tiga utusan asing lainnya ke China juga meninggal dunia pada tahun lalu.

Duta Jerman Jan Hecker, 54 tahun, meninggal dunia pada September lalu, kurang dua minggu setelah menyandang jawatannya di Beijing. Manakala, duta Ukraine Serhiy Kamyshev, 65 tahun, meninggal dunia pada Februari lalu semasa atau sejurus selepas lawatannya ke tapak Sukan Olimpik Beijing Musim Sejuk.

Duta Filipina Jose Santiago "Chito" Sta Romana, 74 tahun, meninggal dunia ketika dalam kuarantin di wilayah timur China Anhui pada April tahun lalu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan