Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duta Kanada di China bertemu tahanan kedua warga Kanada

Duta Kanada ke China sudah bertemu dengan warga Kanada kedua yang ditahan di Beijing, kerana didakwa membahayakan keselamatan negara itu. Demikian menurut Kementerian Luar Kanada pada Ahad (16 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Duta Kanada di China bertemu tahanan kedua warga Kanada

Encik Michael Spavor. (Gambar: Kim Kyung-Hoon/Reuters)

Diterbitkan : 17 Dec 2018 10:24AM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 10:30AM

OTTAWA: Duta Kanada ke China sudah bertemu dengan warga Kanada kedua yang ditahan di Beijing, kerana didakwa membahayakan keselamatan negara itu. Demikian menurut Kementerian Luar Kanada pada Ahad (16 Dis).

Kementerian Luar Kanada menyatakan bahawa dutanya sudah bertemu Encik Michael Spavor, seorang konsultan perniagaan, dua hari setelah bertemu dengan seorang lagi warga Kanada yang ditahan.

"Para pegawai konsular Kanada akan terus menawarkan bantuan konsular kepadanya dan keluarganya dan akan terus mendapatkan lebih akses kepada Encik Spavor, menurut kementerian itu.

China memberkas dua warga Kanada setelah Ottawa menahan seorang eksekutif kanan dari Huawei atas permintaan Amerika Syarikat.

"Kami akan memperjuangkan rakyat kami yang ditahan dan cuba memahami mengapa mereka ditahan, selain bekerjasama dengan China untuk menunjukkan bahawa perbuatan ini tidak boleh diterima sama sekali," ikrar Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau kepada Citytv di Toronto pada Jumaat (14 Dis).

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo turut menyifatkan penahanan itu sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima".

Meng Wanzhou, ketua pegawai kewangan Huawei dibebaskan dengan ikat jamin di Vancouver pada Selasa lalu, sedang beliau menunggu diekstradisi ke Amerika Syarikat. Cik Meng dituduh melanggar sekatan-sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran.

Beijing mengancam Kanada akan "menanggung padahnya" jika Cik Meng tidak dibebaskan.
Ottawa sudah berulang kali menegaskan bahawa penangkapan itu bukan bermotif politik tetapi merupakan satu proses undang-undang yang selaras dengan perjanjian ekstradisi bersama Washington.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan