Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Durian "tanpa bau" dari Korat dapat sambutan menggalakkan

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Wilayah di timur laut Thailand, Nakhon Ratchasima, baru-baru ini berpesta bagi meraikan persijilan indikasi geografik (GI) bagi buah durian 'tanpa bau' yang ditanam di kawasan itu, lapor The Nation Thailand.

Durian Pak Chong-Khao Yai, daripada jenis terkenal Mon Thong, menjadi daya tarikan utama pesta di Ladang Chokchai di daerah Pak Chong pada hujung minggu lalu.

Menurut laporan The Nation Thailand, durian jenis Pak Chong-Khao Yai menggabungkan rasa manis, kering, berisi lembut dan tanpa bau kuat, menurut pengusahanya.

Timbalan Gabenor Nakhon Ratchasima, Chusak Chunkoh, merasmikan Pesta Durian GI Pak Chong-Khao Yai yang pertama Jumaat lalu (15 Jul) dan menyampaikan sijil GI kepada 39 ladang durian di sekitar kawasan Pak Chong dan Khao Yai.

Jabatan Hak Milik Intelektual mendaftarkan durian Pak Chong-Khao Yai sebagai produk GI tahun lalu.

Sempena pesta yang dianjurkan bersama Penguasa Pelancongan Thailand itu, pengunjung dapat menikmati bufet durian selain buah naga, longan, pisang, avokado dan buah bidara yang hasilkan dari dusun di sekitar Pak Chong.
Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan