Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Durian Indonesia boleh ungguli pasaran dunia, kata Ketua Staf Presiden

Ketua Staf Presiden Indonesia, Moeldoko berkata durian tempatan di negara itu berupaya menjadi bahan komoditi unggul di pasaran dunia, menyaingi durian keluaran Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Ketua Staf Presiden Indonesia, Moeldoko berkata durian tempatan di negara itu berupaya menjadi bahan komoditi unggul di pasaran dunia, menyaingi durian keluaran Thailand.

Menurut Encik Moeldoko, Indonesia mempunyai tanah dan cuaca yang sesuai untuk menghasilkan bahan-bahan makanan yang unggul khususnya dalam bidang hortikultur.

"Indonesia adalah negara tropika yang mempunyai pelbagai komoditi buah-buahan yang mungkin tidak dimiliki oleh negara lain.

"Hanya terdapat beberapa persamaan komoditi di negara-negara Asia Tenggara. Namun tetap sahaja, jangan sampai pasaran dunia dikuasai oleh negara lain. Indonesia juga harus mampu bersaing," kata Encik Moeldoko.

Beliau sebelum ini menanam benih Durian Bawor di Pekalongan, Jawa Tengah pada Disember lalu.

Pada Jumaat lalu (12 Jan), dalam satu kunjungan kerja ke wilayah Bangka Belitung, Encik Moeldoko menanam pula pokok durian jenis 'Super Tembaga' dan Cumas di ladang seluas 3.5 hektar di Desa Petaling, Kabupaten Bangka.

Buah durian jenis 'Super Tembaga' terkenal dengan warna kekuningannya seperti tembaga. Selain itu, isi buah durian itu juga sangat tebal dengan mempunyai tekstur yang sangat lembut.

"Durian 'Super Tembaga' ini adalah varian khas daripada Bangka Belitung yang sangat terkenal. Untuk itu, bahan komoditi ini perlu dikembangkan kerana mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi," kata Encik Moeldoko.

Beliau juga meluahkan komitmen untuk terus mempromosikan komoditi-komoditi unggul di sekitar daerah merata Indonesia termasuk produk-produk pertanian hortikultur sehingga dapat mendorong perkembangan ekonomi masyarakat.

"Sehingga pada akhirnya, kita pun dikenali sebagai negara penghasil dan pengeksport. Kita buktikan bahawa bukan hanya Thailand yang boleh menjual durian bermutu tinggi di dunia," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan