Dunia semakin hampir tamatkan fasa darurat COVID-19: WHO
Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan dunia 'semakin hampir' menamatkan fasa darurat pandemik COVID-19.
Namun, ia memberi amaran bahawa Omicron masih berleluasa di seluruh dunia dan terus menyebabkan jumlah kematian yang ketara, lapor agensi berita Xinhua.
"Kita semakin hampir untuk menyatakan fasa darurat pandemik sudah berakhir tetapi kita belum sampai ke arah itu" kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di sebuah sidang akhbar di Geneva pada Jumaat (2 Dis).
Ini disebabkan "Omicron terbukti lebih mudah merebak berbanding varian dahulu, Delta, dan terus menyebabkan kematian yang ketara berikutan kepesatan penularan".
Dr Ghebreyesus berkata jurang dalam pengawasan, ujian, penjujukan genom dan suntikan vaksin terus mewujudkan keadaan yang sempurna untuk varian baru muncul, sekali gus boleh menyebabkan jumlah kematian yang ketara.
Statistik WHO menunjukkan jumlah kematian mingguan yang dilaporkan kepada pertubuhan itu sudah berkurangan sedikit sejak lima minggu lalu, namun lebih 8,500 individu meninggal dunia akibat wabak itu pada minggu lalu.
"Ia tidak boleh diterima dalam tempoh tiga tahun kita dilanda pandemik, malah kita mempunyai begitu banyak kaedah untuk mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa," katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa Omicron, yang mana lebih 500 varian virus seumpamanya dikesan tersebar, cenderung menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding varian membimbangkan sebelum ini.
WHO menganggarkan sekurang-kurangnya 90 peratus penduduk dunia kini mempunyai beberapa tahap imuniti terhadap SARS-CoV-2, disebabkan terkena jangkitan atau sudah menerima vaksinasi.
Menurut Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO, Maria Van Kerkhove, sekurang-kurangnya 2.5 juta kes di seluruh dunia dilaporkan kepada pertubuhan itu pada minggu lalu tetapi jumlah tersebut adalah anggaran yang terlalu rendah berhubung penularan virus itu di seluruh dunia.
Beberapa anggaran daripada data peringkat perbandaran melihat jumlah kes baru boleh menjadi lima kali ganda lebih tinggi di sesetengah negara. Ini bermakna virus itu masih menular secara meluas di seluruh dunia.
"Jadi, orang yang berumur lebih 60 tahun dengan penyakit kronik, imuniti yang lemah dan pekerja barisan hadapan wajar mendapatkan perlindungan vaksin.
"Malah, kami sendiri masih belum mencapai sasaran seratus peratus vaksinasi bagi golongan berisiko di seluruh dunia dan di setiap negara. Inilah yang kami mahu ditumpukan oleh pemerintah," katanya.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.