Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dunia raih banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China: IMF

Anggaran Waktu Membaca:
Dunia raih banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China: IMF

Para penumpang di sebuah stesen kereta api di Beijing pada 17 Jan 2023. (Gambar: Wang Zhao/AFP)

BEIJING: Pemulihan ekonomi China membawa sumbangan besar terhadap ekonomi global, kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Ahad (26 Mac). 

Menurut beliau, meskipun jangkaan keadaan ekonomi global menjadi lemah, IMF menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi 2023 kepada paras 5.2 peratus didorong pemulihan yang kuat dan mampan selepas pelarasan dasar COVID-19.

“Ekonomi China yang kian pulih diyakini mampu menyumbang sepertiga pertumbuhan global pada 2023 dan ia merupakan dorongan yang kuat buat situasi dunia.

“Kami (IMF) mengunjurkan setiap satu mata peratusan pertambahan kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) China akan memacu 0.3 mata peratusan pertumbuhan entiti ekonomi Asia yang lain,” kata beliau ketika berucap pada Forum Pembangunan China 2023.

Cik Georgieva turut menghargai peralihan pertumbuhan ekonomi China yang dipacu perbelanjaan daripada pelaburan sebagai lebih mapan, tidak bergantung kepada hutang dan lebih sesuai untuk menangani cabaran iklim.

Dalam pada itu, Ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Zheng Shanjie berkata pihaknya akan terus melahirkan idea kreatif melalui tindakan yang inovatif serta menambah baik kawalan makro.

“Selain permintaan domestik terus dipertingkat, koordinasi dasar membabitkan kewangan, perindustrian, pelaburan, perbelanjaan dan lain-lain akan giat dilaksana ke arah pembangunan berkualiti,” kata beliau.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan