Dunia kini pandang serius tarif Amerika, dakwa Trump
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: AP)
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (20 Apr) berkata beberapa pemimpin dunia dan tokoh korporat sudah pun menghubunginya menyusuli pengumuman tarif baharu oleh pentadbirannya.
Dalam satu catatan di platform Truth Social, Presiden Trump berkata pengisytiharan "Hari Pembebasan" pada 2 April lalu - di mana tarif timbal balik diperkenalkan - telah menarik perhatian pemerintah dan syarikat asing.
"Bagus apabila seluruh dunia tahu kita benar-benar serius," katanya.
Encik Trump mendakwa respons yang diterima adalah reaksi terhadap apa yang beliau sifatkan sebagai ketidakseimbangan perdagangan dan amalan tidak adil selama tempoh bertahun-tahun.
“Mereka harus membetulkan ketidakadilan yang wujud hasil penyalahgunaan selama beberapa dekad, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah buat mereka.
“Kita mesti bina semula kekayaan negara kita yang hebat dan wujudkan timbal balik sebenar,” katanya.
Encik Trump memperkenalkan beberapa dasar tarif baharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Bagaimanapun, kenyataan beliau yang sering berubah menimbulkan kebimbangan terhadap potensi ketidaktentuan ekonomi global.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.