Skip to main content

Dunia

Dunia hadapi cuaca terpanas sejak 8 tahun lalu

Dunia menghadapi rekod cuaca paling panas sejak lapan tahun lalu walaupun dipengaruhi suhu sejuk ekoran fenomena La Nina sejak 2020.

Anggaran Waktu Membaca:

BRUSSELS: Dunia menghadapi rekod cuaca paling panas sejak lapan tahun lalu walaupun dipengaruhi suhu sejuk ekoran fenomena La Nina sejak 2020.

Menurut Perkhidmatan Pemantauan Iklim Kesatuan Eropah (EU), Copernicus, ia menjadikannya rekod cuaca dunia paling panas kali kelima bermula abad ke-19.

Menurut Copernicus, keadaan itu mengakibatkan situasi perubahan iklim dengan menyaksikan bencana alam tidak pernah berlaku sebelum ini yang membawa kerosakan dan kehilangan nyawa di seluruh dunia.

Pakistan dan utara India merekodkan gelombang panas musim bunga dua bulan lalu dengan suhu berterusan melebihi 40 darjah Celsius, diikuti Pakistan dengan banjir yang menjejaskan satu pertiga daripada negara itu.

Susulan itu, 33 juta rakyat Pakistan terjejas dengan kerugian mencecah AS$30 bilion (S$53.2 bilion).

Perancis, Britain, Sepanyol dan Itali pula merekodkan suhu purata baru pada 2022, dengan Eropah secara keseluruhannya mengalami tahun kedua terpanasnya.

Gelombang panas ini merentasi benua Eropah ditambah dengan keadaan kemarau yang teruk.

Purata suhu di Eropah meningkat dua kali ganda suhu global sejak 30 tahun lalu dengan benua itu menunjukkan kadar peningkatan tertinggi bagi mana-mana benua di dunia.

Rantau Asia Barat, China, Asia Tengah dan Afrika Utara pula menyaksikan purata panas yang belum pernah terjadi sebelumnya sepanjang 2022.

China dan Eropah Barat melaporkan kesan negatif terhadap pertanian, pengangkutan sungai dan pengurusan tenaga yang berkaitan dengan keadaan cuaca.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita