Dunia bola sepak terkejut insiden tragis rempuhan stadium di Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA, Gianni Infantino. (Gambar: NORBERTO DUARTE / AFP)
JAKARTA: Presiden FIFA Gianni Infantino menyuarakan rasa dukacitanya atas tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, yang meragut 125 nyawa.
Encik Infantino turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terkorban dalam insiden tragis itu.
“Hari ini...hari suram buat semua yang terlibat dalam arena bola sepak dan satu tragedi yang tidak dapat dibayangkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Okt).
Beliau berkata dunia bola sepak terkejut dengan insiden tragis yang berlaku selepas perlawanan antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya.
“FIFA dan komuniti bola sepak global, ingatan dan doa kami untuk mangsa serta mereka yang cedera. Kami turut bersama rakyat Republik Indonesia, Konfederasi Bola Sepak Asia, Persatuan Bola Sepak Indonesia dan Bola Sepak Indonesia pada masa sukar ini,” katanya.
Sementara itu, polis Indonesia dalam satu kenyataan memaklumkan semakan semula yang dilakukan pihak berkuasa mendapati jumlah sebenar korban adalah 125 orang, bukan 129 seperti dilaporkan sebelum ini.
Menurut polis perbezaan jumlah mangsa yang dilaporkan sebelum ini disebabkan kesilapan dalam rekod kematian di 10 hospital yang mengendalikan mangsa.
Sebelum ini, lapor Astro AWANI, beberapa media tempatan dan antarabangsa melaporkan angka korban yang berbeza, iaitu antara 125 hingga 174 orang, dengan memetik sumber yang sahih.
Awal dari itu, Ketua Polis Jawa Timur Inspektor Jeneral Nico Afinta dilapor berkata insiden pada Sabtu malam tercetus apabila penyokong Arema meluru ke padang selepas pasukan mereka tewas 2-3 kepada Persebaya Surabaya.
Insiden itu disifatkan sebagai salah satu bencana terburuk dalam arena bola sepak dunia selepas di Peru, yang mengorbankan 300 individu dalam kejadian lebih 50 tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.