Skip to main content

Dunia

Dunia berdepan bahaya 'dahsyat' pemanasan bumi

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa dunia sedang menuju ke paras suhu yang 'dahsyat' pada abad ini dengan 2020 direkodkan sebagai tahun paling panas mengatasi paras rekod sebelumnya iaitu 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Dunia berdepan bahaya 'dahsyat' pemanasan bumi
Diterbitkan : 15 Jan 2021 09:31AM Dikemas Kini : 15 Jan 2021 09:32AM

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa dunia sedang menuju ke paras suhu yang 'dahsyat' pada abad ini dengan 2020 direkodkan sebagai tahun paling panas mengatasi paras rekod sebelumnya iaitu 2016.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, rentak perubahan iklim tanpa henti sudah merosakkan banyak kehidupan.

Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan tahun 2011 hingga 2020 sebagai dekad paling panas pernah dicatatkan.

2020 "menyaingi 2016 bagi cuaca paling panas" berdasarkan penggabungan lima set data antarabangsa terkemuka.

WMO turut dilaporkan sebagai berkata, putaran suhu permukaan Laut Pasifik pada fasa sejuk musim La Nina "meredakan keadaan panas hanya pada hujung tahun".

Agensi cuaca PBB itu menyatakan, tahun 2016, 2019 dan 2020 direkodkan sebagai tiga tahun paling panas dan perbezaan antara ketiga-tiga tahun itu dari segi suhu global secara purata "adalah sangat kecil".

Menurutya lagi, suhu global secara purata pada 2020 adalah sekitar 14.9 darjah Selsius, iaitu 1.2 darjah Selsius lebih tinggi berbanding paras pra-perindustrian pada tahun 1850 hingga 1900.

Mengulas mengenai perkara itu, ketua PBB, Encik Guterres berkata, pengesahan yang dibuat WMO bahawa 2020 adalah antara tahun paling panas dalam sejarah adalah satu lagi peringatan mengenai ancaman terhadap perubahan iklim.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita