Skip to main content

Dunia

Dunia akan berdepan kekurangan bekalan gula

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Pengeluaran gula global akan berkurangan sebanyak 2.4 juta tan dan jangkaan gangguan penggunaan itu pada 2023/2024 yang bermula pada Oktober.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh syarikat perunding, CovrigAnalytics menerusi satu laporan pada Isnin (13 Nov) yang turut menaikkan anggaran defisit bekalan sebanyak 200,000 tan, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan itu, peningkatan pengeluaran di Brazil, Rusia dan China tidak akan mencukupi untuk mengimbangi penurunan besar pengeluaran di India dan Thailand, yang terkesan disebabkan tahap kelembapan yang tidak mencukupi.

Walaupun terdapat pengurangan besar pada permintaan gula di China sebanyak 440,000 tan, defisit tetap meningkat.

CovrigAnalytics menjangkakan pengeluaran global berkurangan daripada 189.4 juta tan pada 2022/2023 kepada 187.5 juta tan pada 2023/2024.

Sementara itu, permintaan gula tahunan dianggarkan akan meningkat daripada 188.16 juta pada 2022/2023 kepada 189.9 juta tan pada 2023/2024.

Oleh itu, negara-negara akan terus menggunakan stok rendah sedia ada.

“Sehubungan itu, harga NY11 (niaga hadapan gula) akan kekal diniagakan dalam lingkungan dua hingga tiga sen setiap paun atau lebih rendah daripada paras semasa.

“Ini kerana angka penawaran dan permintaan tidak menunjukkan pasaran menaik atau menurun secara besar-besaran,” dedah laporan itu.

CovrigAnalytics menyatakan, negara pengimport sudah menghadapi kesukaran untuk membeli gula pada paras tinggi semasa.

Niaga hadapan gula mentah mencecah harga kemuncak sepanjang 12 tahun pada minggu lepas di bursa ICE, seperti dipetik laporan Sinar Harian.

"Afrika sedang berhadapan masalah untuk mendapatkan mata wang dan membayar harga dolar pada kadar sama dengan jumlah yang lebih kecil. Sementara itu, China dan Korea Selatan mungkin akan menukar lebih banyak gula kepada pemanis lain (sirap jagung)," katanya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita