Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

DUN Pulau Pinang kekal dibubar pada Jun

Anggaran Waktu Membaca:
GEORGE TOWN: Pulau Pinang kekal dengan perancangan asal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Encik Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata sepertimana perancangan asal, DUN Pulau Pinang akan dibubar sama ada minggu ketiga atau minggu keempat Jun.

Sebelum ini, katanya selain Pulau Pinang, lima lagi negeri iaitu Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan telah setuju membubarkan DUN pada dua minggu terakhir bulan Jun.

"Setiap negeri mempunyai pertimbangan masing-masing dan bergantung kepada acara kerajaan masing-masing," katanya pada sidang media pada Jumaat (19 Mei).
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan