DUN Kedah dibubar pada 28 Jun, umum Menteri Besar
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 akan dibubarkan pada Rabu ini (28 Jun) bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata penetapan tarikh dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Hari ini saya ingin memaklumkan bahawa saya telah diterima mengadap Tuanku Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah untuk memohon perkenan bagi pembubaran DUN Kedah yang ke-14.
"Tuanku telahpun memberi perkenan untuk DUN Kedah yang ke-14 ini dibubarkan pada 28 Jun 2023," katanya di sidang media selepas selesai menghadap Sultan Sallehuddin pada Ahad (25 Jun).
Encik Muhammad Sanusi berkata sehubungan itu, bermula pada tarikh berkenaan, pentadbiran Kerajaan Negeri akan dijalankan oleh kerajaan sementara, dengan segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga Kerajaan Negeri yang baru dibentuk selepas PRN yang akan datang.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, persidangan DUN Kedah menyusul pada 3 Julai 2018.
Pakatan Harapan (PH), yang bertanding menggunakan logo PKR pada PRU14, membentuk kerajaan negeri Kedah selepas menang 18 daripada 36 kerusi DUN, sementara PAS menguasai 15 kerusi dan tiga lagi dimiliki Barisan Nasional (BN).
Pada November 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, mengumumkan keluar daripada UMNO dan menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai Bersatu sekali gus menjadikan kerusi PH di DUN Kedah meningkat kepada 19 kerusi.
Bagaimanapun perubahan landskap politik yang menyaksikan Bersatu keluar daripada PH, dan juga perubahan kepimpinan kerajaan di peringkat Persekutuan, ia turut membabitkan Kedah, apabila dua ADUN PKR mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 12 Mei 2020.
ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee, turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Encik Muhyiddin Yassin.
Tindakan dua ADUN itu selain penarikan sokongan oleh empat ADUN Bersatu menyebabkan Menteri Besar ketika itu, Mukhriz Mahathir, hilang sokongan majoriti dan beliau mengumumkan melepaskan jawatannya pada 17 Mei 2020.
PN kemudian membentuk kerajaan negeri selepas memiliki 23 kerusi yang terdiri daripada PAS (15 kerusi) dan Bersatu (empat kerusi) serta sokongan BN (dua kerusi) dan dua wakil rakyat Bebas (bekas ADUN PKR) dengan Encik Muhammad Sanusi dipilih sebagai Menteri Besar Kedah dan kemudian mengangkat sumpah pada 17 Mei 2020.
Sementara itu, Encik Mukhriz ,yang juga ADUN Jitra bersama ADUN Anak Bukit Amiruddin Hamzah, dilaporkan digugurkan keahlian daripada Bersatu pada 28 Mei 2020 dan menganggotai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad, menjadi wakil rakyat parti itu sehingga kini.
Dua bekas ADUN PKR yang menjadi wakil rakyat Bebas pula mengumumkan menyertai Bersatu pada Sept 2020.
Sementara itu, berikutan PRU15 pada November lalu dan pembentukan kerajaan Persekutuan yang turut disertai BN dalam Kerajaan Perpaduan, penguasaan kerusi PN di DUN Kedah berkurangan kepada 21 kerusi tanpa sokongan dua ADUN BN.
Pada 18 Disember lalu, ADUN Gurun dari PKR Johari Abdul memaklumkan beliau telah mengosongkan kerusi yang disandangnya itu selepas dilaporkan menjadi antara calon disenaraikan PH bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
PAS pula kehilangan seorang wakil rakyatnya selepas ADUN Belantek Mohd Isa Shafie meninggal dunia, dilaporkan akibat jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang pada 14 Jun lalu.
Kedudukan terkini kerusi DUN Kedah menyaksikan PN memiliki 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6); PH memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); BN memiliki dua kerusi (UMNO-2) dan Pejuang (2), manakala dua lagi kerusi yang ditinggalkan Johari dan Mohd Isa kekal kosong.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.