Dubai bakal tawar khidmat teksi udara mulai 2025
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Amanz
DUBAI: Ibu kota yang dikatakan berada di masa hadapan dahulunya adalah New York, kemudiannya Tokyo, Shenzen dan kini berpindah ke Dubai.
Dalam masa beberapa tahun lagi, ia akan berpindah ke Neom.
Tetapi sebelum itu berlaku, Dubai akan terus menjadi bandar raya prototaip masa hadapan.
Seawal tahun depan, ia akan mula mempunyai perkhidmatan teksi udaranya sendiri.
Joby Aviation menerima lesen untuk menawarkan khidmat teksi udara di Dubai bermula 2025 secara eksklusif selama enam tahun.
Teksi eVTOL Joby Aero boleh membawa empat penumpang dan seorang juruterbang.
Empat lapangan teksi udara akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB), Palm Jumeirah, Dubai Marina, dan Dubai Downtown.
Perjalanan dari DXB menggunakan teksi udara ke pusat bandar akan mengambil masa hanya 10 minit berbanding 45 minit menggunakan kereta.
Setiap satu teksi udara boleh terbang sehingga 250 km dengan kelajuan maksimum 322 kmj.
Joby dipilih walaupun Volocopter adalah syarikat pertama yang melakukan ujian penerbangan di Dubai pada tahun 2017.
Selain Dubai, Joby juga akan menawarkan teksi udara di Korea Selatan dengan persetujuan telah dilakukan dengan SK Telecom dua tahun yang lalu.
Bila perkhidmatan di Korea Selatan akan bermula masih belum diumumkan.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.