Dua wilayah Indonesia dilanda banjir; empat maut akibat tanah runtuh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB))
JAKARTA: Seorang maut manakala seorang lagi masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan pada Rabu (16 Nov).
Dua kenderaan jenis van dan pikap yang dinaiki mangsa diseret hingga ke bahu jalan menghubungkan Parangloe dan Tinggimoncong ketika hujan lebat serta kondisi tanah yang tidak stabil.
Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari berkata agensi pengurusan bencana daerah dikerah ke lokasi untuk menyelamat mangsa dan mengalihkan tanah runtuh.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik meramalkan kawasan itu masih berpotensi mengalami hujan hingga Sabtu (19 Nov) ini, katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Abdul Muhari berkata tiga kematian dicatatkan susulan banjir yang menjejaskan 836 keluarga di Tapanuli Tengah, wilayah Sumatra Utara, Jumaat (11 Nov) lalu.
Penduduk sudah kembali melakukan kegiatan seperti biasa namun diingatkan berwaspada memandangkan kawasan itu berpotensi mengalami hujan ringan hingga lebat pada Khamis (17 Nov), katanya.
Di wilayah yang sama, banjir besar merendam empat kawasan di Batu Bara pada Selasa akibat hujan berintensiti tinggi sehingga air Sungai Dalu-dalu dan Sungai Bahboloh melimpah.
Banjir yang menjejaskan 645 keluarga turut merosakkan sebuah empangan namun telah diperbaiki untuk sementara menggunakan guni berisi tanah dan pasir, kata Abdul Muhari.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.