Dua wanita bukan Muslim tidak sengaja masuk Masjid Nabawi
MADINAH: Agensi bagi Ehwal Masjid Nabawi di Madinah menyatakan, dua wanita bukan Muslim, yang tidak berpakaian sesuai, tidak sengaja memasuki pekarangan Masjid Nabawi
Penjelasan agensi itu menyusuli respons terhadap insiden yang tular di media sosial pada Selasa (7 Feb), lapor Saudi Gazette.
"Dua wanita itu yakin dengan keistimewaan dan kesucian Masjid Nabawai selepas dijelaskan dan diberitahu mengenai mesej Masjid Nabawi.
"Mereka turut memahami arahan yang diberikan oleh kakitangan jabatan presiden dan mengucapkan terima kasih serta menzahirkan penghargaan atas layanan baik yang diterima," menurut agensi tersebut dalam satu kenyataan.
Agensi itu turut menekankan peri pentingnya mempertingkatkan kaedah dan prosedur meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan, sekali gus menumpukan kepada kesucian dan keistimewaan tempat ibadah itu agar insiden seumpama itu tidak berulang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.