Dua tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol, 21 orang dilapor maut
Anggaran Waktu Membaca:
MADRID: Sebuah tren berkelajuan tinggi tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah lagi kereta api yang datang dari arah bertentangan di selatan Sepanyol pada Ahad (18 Jan).
Rempuhan itu menyebabkan kereta api kedua turut terkeluar dari landasan dalam satu pertembungan yang disahkan oleh sumber polis kepada Reuters mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang.
Kemalangan itu berlaku berhampiran Adamuz, di wilayah Cordoba. Setakat ini, 21 orang disahkan maut oleh pihak polis, manakala penyiar rasmi Television Espanola menambah bahawa 100 orang telah cedera, dengan 25 daripadanya parah.
Pemandu salah sebuah kereta api tersebut, yang sedang dalam perjalanan dari Madrid ke Huelva, adalah antara mangsa yang terkorban, menurut stesen TV berkenaan.
"Kereta api Iryo 6189 dari Malaga ke Madrid tergelincir dari landasan di Adamuz dan melanggar landasan bersebelahan. Kereta api dari Madrid ke Huelva yang sedang melalui landasan bersebelahan itu juga turut tergelincir," menurut Adif, syarikat yang mengendalikan rangkaian tren tersebut, dalam satu catatan di media sosial.
Adif memaklumkan kemalangan berlaku pada pukul 6.40 petang (1.40 pagi waktu Singapura), kira-kira sepuluh minit selepas kereta api Iryo meninggalkan Cordoba menuju ke Madrid.
Iryo adalah syarikat pengendali tren swasta. Tren yang terlibat adalah model Freccia 1000. Pihak Iryo masih belum memberikan kenyataan rasmi setakat ini. Akibat kejadian itu, Adif menggantung semua perkhidmatan kereta api antara Madrid dan Andalusia.
Pasukan kecemasan Andalusia menyatakan bahawa semua trafik tren sudah dihentikan dan bantuan sedang dalam perjalanan, termasuk sekurang-kurangnya sembilan ambulans dan kenderaan sokongan kecemasan.
Rayuan Mencari Perubatan Seorang wanita bernama Carmen berkongsi di laman X bahawa dia berada di dalam kereta api tersebut. "Sepuluh minit selepas bertolak dari Cordoba, kereta api mula bergegar dengan kuat dan tergelincir bermula dari gerabak ke-6 di belakang kami. Lampu terus terpadam."
Rakaman video daripada penumpang lain menunjukkan kakitangan Iryo memakai jaket pantulan cahaya mengarahkan penumpang untuk kekal di tempat duduk masing-masing di dalam gerabak yang gelap. Penumpang yang mempunyai latihan pertolongan cemas diminta untuk memantau penumpang lain.
Kakitangan tersebut memberitahu bahawa mereka akan dipindahkan apabila keadaan selamat, tetapi buat masa itu, tempat paling selamat adalah di dalam kereta api. Dia juga meminta orang ramai menjimatkan bateri telefon supaya dapat menggunakan lampu suluh semasa keluar nanti.
Seorang penumpang menulis: "Di gerabak kami semuanya baik, tetapi kami tidak tahu tentang gerabak lain. Ada asap dan ada orang sedang memanggil doktor."
Pemerintah wilayah mengaktifkan protokol kecemasan untuk menghantar lebih banyak sumber ke tapak kemalangan. Penduduk tempatan memaklumkan bahawa sebuah bangunan di kampung berhampiran akan disediakan sebagai tempat perlindungan bagi penumpang yang dipindahkan.
Salvador Jimenez, seorang wartawan RTVE yang turut berada di dalam kereta api tersebut, berkongsi gambar yang menunjukkan bahagian depan gerabak belakang terbalik di sisinya, dengan penumpang yang terselamat duduk di tepi gerabak tersebut.
Encik Jimenez menceritakan melalui telefon bahawa penumpang terpaksa menggunakan tukul kecemasan untuk memecahkan tingkap dan memanjat keluar. Dia juga melihat dua orang dibawa keluar dari gerabak yang terbalik menggunakan pengusung.
"Keadaan agak tidak menentu tentang bila kami akan sampai ke Madrid atau di mana kami akan bermalam. Kami belum menerima sebarang mesej daripada syarikat kereta api," katanya. "Keadaan sangat sejuk di sini."

Sumber : Reuters/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.